kuatnya aini :)

Assalamualaikum :)


Bukan semua benda kita mampu luahkan.
Kerana pada manusia itu pasti punya kekurangan.
Tapi dalam ketidakmampuan itu.
Kita punya Allah yang faham semuanya.
Semuanya tanpa sedikit pun celah. :)

Okey.
Listen aini!

Bila kita rasa kita nak ubah sikap kita.
Rahsiakan daripada sesiapa.
Mulakan langkah pertama.
Kalau benar mahu jadi yang pertama.
Buktikan pada Dia. 
:)


Hidup ini penuh dengan kejutan.
Istiqamah. Allah akan ada.
Dia yang penuh dengan setia dan cinta.
:)
Go aini go!

Jalan kesedihan :)

Assalamualaikum :)


Kadang kadang.
Bila hati kita berada dalam kesempitan dan kesedihan.
Tiada seorang manusia pun di sekeliling kita yang mampu menyelami rasa dihati.

Jangan salahkan mereka.
:)

Sebab.
Kita sesama manusia ada batas batas kemampuan.
Untuk memahami antara satu sama yang lain.

The best solution.
:)

Dekatilah Allah.
Menangislah padaNya.
Sebab Allah suka sangat kita mengadu padaNya.
Dia setia menemani kita.
dan!
Dialah yang paling memahami isi hati setiap hambaNya.
:)

Allah itu sangat baik kan.
<3

Buat roomate comelku :)

assalamualaikum :)


Sahabat :)
Ajarkan aku mencintaimu kerana Allah.
Agar nanti kita takkan lari ketika bertemu di akhirat.
Agar aku dan kamu dapat bersahabat lagi di jannah.

"cukuplah aku mencintaimu dalam hati, menyalurkan lewat doa-doa disetiap sujudku,
 dan menjagamu melalui Allah"

Malam ni kita naik buaian kat vista.
Kita pandang langit.
Langit malam cantik.
Bila malam Allah pinjamkan bulan dan bintang.
Allah taknak kita rasa sorang diri.
Pada langit kita seakan ia pelukan Allah yang mendamaikan.
Kasihnya tak dapat dilihat dimata.
Tapi diberi untuk rasa.
Kasih dan aturannya tersembunyi bersama cinta.
Untuk Dia nilai hamba mana yang mencintai Dia dengan benar.

Maluuuu.
Bila kita nangis depan fit dan zila.
Sebab kita sedih.
Kita ingat kat keluarga sana.
Lebih lebih lagi.
 Bila kita disoal pasal hubungan dengan kawan kita yang sorang tu.
Kita sayang dia.
Siapa sangka dia dulu seorang yang kuat.
Sekarang Allah tarik kekuatan itu.
Dia juga hairan kenapa sebegitu sekali hatinya.
Maka ingatlah awak.
Hati itu Allah yang pegang.
Sekuat mana pun manusia tak akan tanpa bergantung pada Allah.

Allah tak pernah nak kita sedih.
Allah tak pernah nak sakitkan kita.
Allah tak pernah nak hukum kita.
Allah bukan pemarah. Allah tak zalim.
Tapi Allah beri kita sedih sebab Allah pilih kita.
Allah sayang. Allah nak angkat kita.
Tau?

Entry ni khas buat kawan sebilik saya.
Saat ini hati saya masih merajuk.
Masih ingin memujuk hati sendiri.
Semoga Allah bertambah sayang. :D


I just wanna be with You, Allah.
No other but You.