suara hati ini

Assalamualaikum :)



Buat tatapan abang yang tercinta di alam sana,

Ternyata Allah lebih sayang kan mu dari aku. Mungkin hari ini, Allah telah makbulkan doa aku. Mungkin hari ini pengakhiran derita mu, abang. Derita sepanjang hidup yang mempunyai adik yang tidak penyayang, pemaaf dan pengasih. Adik yang sering menyimpan dendam dan rasa marah dihujung hati ini terhadap mu. Jelaskanlah pada aku yang mu telah ampunkan segala keterlanjuran samada bicara atau perbuatan aku. Yang sering mengusir perasaan kasih, sayang, dan cinta pada mu. Yang sering meniup segala tohmahan, tuduhan, hinaan dan kebencian. 

*******************************************************

Setiap hari aku pohon untuk meminta huluran salam peluk cium dari mu. Sujud sembah ampun aku untuk mu. Ralat rasanya tidak dapat menatap wajah sebelum mu berangkat pergi. Teringin sangat rasanya ingin mendakap tubuh mu, mencium seluruh wajah mu. Izinkan aku, mengucup tangan dan wajah mu dalam hayalan wahai abang.

*******************************************************

Dengan rasa rendah diri, dengan penuh kasih, memohon ampun dan maaf dari mu. Pinta halalkan seawal kata kata yang aku lempar, tabur serta semburkan buat mu. Setiap kelakuan, setiap kesilapan, pinta ampun. Aku tahu, aku telah terlewat. Kali ni, mu pergi bukan dekat, kalau hujung dunia pun mu membawa diri, tentu aku masih boleh mencari, boleh memujuk agar pulang ke rumah. Tapi, perjalanan mu kali ini jauh, terlalu jauh untuk aku jejak.

Terlalu mahalkah harga sebuah kasih sayang aku hanya untuk seorang abang?
Allah, Allah.
Teguhkan hati ini untuk terus bersama kasih sayangMu Ya Allah.

Saya tidak keseorangan (:





Alhamdulillah.
Saya telah dianugerahkan teman yang dekat di hati.
Saya terima kata kata semangat darinya.

"Aini, semoga kuat dan tabah yea dik"
InshaAllah awak boleh.
"Sabar la Aini. Allah takkan uji kalau hambanya tidak mampu"
"kami selalu bersama kamu susah dan senang"
Semoga kuat dan tabah ye cantik.

Alhamdulillah. Terima kasih sahabat.
Selalu membakar semangat.
Perlahan lahan gundah itu beransur pergi.
Dalam kesunyian ini Allah hadirkan air mata.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Engkau lebih memahami setiap detik hati.
Dalam diam Allah hantarkan buatku teman.
Tika ku rasa lemah dan rapuh jiwa.

Sesekali saya bermimpi untuk rebah supaya hilang segala susah.
Namun hati tak henti memujuk agar jangan terus kalah.
Besarnya pengorbanan mereka pada saya atas segalanya.
Atas ruang dan peluang untuk terus menangis di bahu mereka.
Meminjamkan nafas dan semangat untuk terus melangkah.
Walau adakalanya perjalanan terasa terlalu payah.

Kak Dila yang selalu beri nasihat. Selalu nangis depan dia.
*Maluuuu~

Cik Mas yang selalu beri kata kata semangat. Selalu luah perasaan kat dia.
Segannnn~

Cik Ama yang selalu beri tangan untuk digenggam saat saya tidak mampu bergantung.
Terharuuu~

Zieyla yang selalu beri telinga untuk dengar saya bercerita saat saya kesedihan.
Nak nangisss~

Yanty yang selalu bimbing dan ajar saya saat saya sering terjatuh. 
Tulusnyaaa~

Baiknya Allah tidak tinggalkan saya keseorangan.
Benar saya akan selalu perlukan bimbingan cinta mereka.
Saya tak mahu ditinggalkan.
Cukuplah dengan apa yang saya dah lakukan.
Airmata saya dah kering dan saya taknak menangis lagi.
Biarlah apa yang dah jadi berlalu sebagai kenangan.

Terima kasih Allah.
Hadiahkan saya sahabat seperti mereka.

Orang baik nie memang comel :)
"patutlah sahabat saya pun comel-comel"

Sahabat, jangan lupa saya tau.
Jangan lari jauh jauh bila kita berpisah nanti.
Kalau boleh, biar kita bersahabat dan berjiran di syurga nanti pun!
Tau?
^_ _ _ _^


Air mata mak.

Bismillahirrahmanirrahim. (:



Hari ni saya hanya menghabiskan waktu saya di bilik.
Menghampiri asar saya rasa mengantuk sangat.
Saya terlelap sekejap tapi saya tersedar apabila terdengar pintu dibuka.
Saya bangun dan keluar bilik.
Saya ternampak mak sedang berjalan menuju ke sofa di beranda rumah.
Saya ambil nafas dalam melapangkan fikiran.
Kemudian saya mengambil ruang di sebelah mak.
Tiada apa apa suara melainkan bunyi nafas masing masing.
Tiba tiba mak bersuara.

"mu hanya kehilangan abang, tapi aku, aku kehilangan seorang anak."

Allah, Allah.
Air mata saya mula la mengada keluar.
Saya tertawa.
Menyorok kesedihan yang bermukim di hati.
Saya ambil nafas dalam dalam.
Mak perlukan perhatian dan pujukan.

' mak menangiskah?'

Saya pejamkan mata seketika.
Saya tahu apa yang rasanya mak ketika ini.
Terlalu banyak hal yang menguji sudah mak lalui.
Hingga hal begini buat mak menderita dan menyesal seiring bertambahnya usia dan hari.
Sabar ye mak!
Saya terdiam dan terus terdiam disaat mak bercerita kepergian anak kesayangannya.
Saya tahu air mata mak mengalir.
Sebab tu mak tidak pandang ke arah saya.
Saya ketawa kadang kadang.
Mak bercerita kelucuan arwah anaknya di waktu kecil.
Mak tunduk menahan kesedihan.
Saya membiarkan mak melayan rasa.
Mak berpaling dan tersenyum.
Saya masih nampak matanya yang merah dan berair.
Tenang rasanya lihat mak mula tersenyum.
Biar saya tahu lukanya pasti belum sembuh sepenuhnya.
Saya juga tahu hanya Allah yang dapat merawat tapi mudahan saya kan bisa bermanfaat.
Walau sekadar untuk menyeka air matanya.
Kerana untuk meminjamkan kekuatan dan menyalurkan kekuatan.
Pastilah saya takkan mampu. :)

"sembahyang dah ke belum?"

Mak bertanya.
Saya tersenyum.
Dengan langkah longlai saya bangun dan berjalan menuju kebilik air.
Dalam perjalanan ke bilik air.
Hati saya berbisik.

'kalau masa boleh diputar kembali'

Setitik air mata jatuh dipipi.
Saya tersenyum.
Moga kita dapat bertemu semula di syurga-Nya nanti.
InshaAllah ^_ _ _^


AkU kah?

Dia bersamaan dengan Aku


Dia hanya seorang perempuan punya hati selembut semilir petang yang bertiup. Perasaannya yang sehalus sutera. Dia tidak mampu untuk menahan sebuah duka. Merundung malam menangisi nasib kehilangan sang kekasih. Dia tidak sanggup mengalami kisah luka percintaan seperti kisah dongeng luka laila majnum atau adaptasi filem yang tidak sama dugaannya dengan sekeping hati yang bebar mengalaminya. 

Kerana terlalu mencintainya, adilkah untuk dia menyatakan bahawa kasih sayang seorang kekasih masakan sama dengan kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan, yang bersabung nyawa untuk melahirkannya demi mencelikkan sepasang mata melihat dunia dan menyusukan dengan aliran susu yang putih suci bercampur kasih yang tidak berbelah bahagi.

Adilkah untuk dia menyatakan bahawa kasih sayang seorang kekasih masakan sama dengan kasih sayang seorang ayah yang membesarkan, mendidik, dan menyekolahkan yang mengharap menjadi insan yang berguna.

Benar bagai dikata, untuk apa menangisi sebuah penyesalan? Sedangkan duri yang tertusuk sekalipun tidaklah sesakit mana. Namun andainya dibiarkan...kelakkan bernanah jua!



kehilangan .::


Suatu catatan perjalanan .::

~semua orang akan diuji Tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Walaupun mengharungi perjalanan yang penuh liku bersama hari hari. Namun bila sampainya hari Tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memencah gunung ganang.~

Penulisan kali ini adalah dari hati seorang insan bernama siti noraini binti zulkifli. Mungkin apa yang akan aku karangkan didalam ini lahir dari jiwa dan tentunya ia adalah sebuah penulisan yang turun dari hati. Ianya sebuah kisah, sebuah kisah yang benar benar telah berlaku dalam hidup aku. Janji tetap janji, apatah lagi janji kita pada Yang Maha Esa...tidak akan awal atau lambat sesaat pun, kerana Allah sekali kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya.

SEBAK...gugurnya daun meninggalkan dedaunan yang lain.
Adakalanya hari yang panas dan ceria akan bertukar mendung seketika.
Begitulah hidup. Disaat kau selesa dengan kehidupan tiba tiba kau diuji dengan kehilangan.
Tidak pernah terfikir olehku.
Tidak sedikitpun ku bayangkan.

Sebelum dia dikandung kedua orang tuanya menginginkanya. Sebelum dia dilahirkan kedua orang tuanya tidak sabar menanti kelahirannya. Dan apabila dia dilahirkan kedua orang tuanya menatang bagai minyak yang penuh. Namun, dewasanya dia menjadikan seorang yang tidak diduga. Hidupnya segelap malam tanpa wujudnya bulan dan terbitnya bintang. Dan 09/12/2012 telah menjadi saksi bahawa hilangnya dia bersama sama deras arus air sungai. Perginya dia menyahut seruan ilahi. Sekarang, hakikatnya dia telah meninggalkan kami semua. Dia telah hilang disaat ibunya sedang memerhatikannya. Dia telah hilang disaat abahnya tidak mampu berbuat apa apa. Dia telah hilang disaat adik beradiknya berada jauh darinya. Dia telah hilang disaat saudaranya sedang keluar mencari rezeki. Dan dia hilang. Hilang dari pandangan dunia. Tenggelamnya bersama air mata keluarganya. Perginya tanpa persediaan. Perginya tanpa perhintungan. Perginya tanpa ucapan. Pergilah. Berehatlah sepuasnya. Berhentilah dari berlari dan berjalan.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jika ujian ini untuk menguju keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan"...Amin.

Moga rohnya dicucuri Rahmat-Nya dan tergolong dalam kalangan orang orang yang Allah lindungi dari fitnah dan seksaan azab kubur.

Semoga kiriman doa yang tidak putus,
mengintai kasih Ilahi buatnya...

(pretend like nothing happens. betapa teruknya aku rasa...!)