Bonda yang jauh




Rindunya aku pada dia.
Yang tak pernah putus mengajarkan aku tentang cinta hamba.
Tentang rahmat dan kasih NYA.
Terbayang tentang sabarnya, kasihnya dan lemah lembutnya.
Tika aku jatuh dan tak mahu bangun.
Tak mampu berjalan.
Dia setia memujuk dengan kebaikan.
Dia yang penuh pesona.
Dia satu dalam sejuta.
Bagaimana tidak aku jatuh cinta.
Bondaku.

Untuk dia yang jauh.
Semoga pahala untukmu.