Meluah rasa.

Assalamualaikum :)


Semakin meningkat dewasa.
Usia semakin tua.
Semakin banyak hal yang kian berbeza.
Saat ini. 
Saya tidak bebas menjadi diri saya saat berpijak dibumi yang nyata.
Jadi.
Biarkan saya bebas tika saya bersama dunia saya.
Kerana disini ruang saya.
Biarkan saya bebas berbicara.
Untuk meluah rasa.
Untuk mencari ketenangan diri.

Saya tahu saya banyak melukakan.
Saya banyak mengecewakan.
Saya cuma mahu ada sedikit kesempatan.
Untuk menghulurkan sebuah kemaafan.

Terlalu banyak hal yang saya fikirkan.
Lama direnung apa yang harus saya lakukan. 
Untuk saya bangun dan cari kekuatan.
Ya Allah.
Damai kan lah hati ini.
Saat ia benar benar bergelora.
:)