Kau & Aku

Assalamualaikum :)


Kau dengan caramu.
Dan aku dengan caraku.
Kita bertemu dan bersahabat.
Tidak pada caramu. Atau caraku.
Tapi impian kita bersahabat adalah dasar kasih sayang.

Kerana kita tidak sempurna.
Maka adakala sama sama saling terluka.
Dalam diam. Ada yang terasa.
Kau tak faham bahasa bisuku.
Dan aku terkadang tak tahu apa mahumu.

Maka aku fahami.
Hubungan antara kita ini ternyata tiga segi.
Tidak hanya kita berdua.
Tapi ada Dia.

Kau terluka kerana aku.
Maka kau ada Dia.
Dan kalau aku terasa kerana engkau.
Maka aku juga ada Dia.
Perantara yang setia.

Menyayangimu tanpa syarat.
Maka ajarkan aku.
Mencintai Allah lebih darimu.

*************************************************

Aku tahu kalian itu manusia.
Hairan itu biasa.
Kerana manusia selalu punya tanda tanya.



0 comments:

Post a Comment