Bonda yang jauh




Rindunya aku pada dia.
Yang tak pernah putus mengajarkan aku tentang cinta hamba.
Tentang rahmat dan kasih NYA.
Terbayang tentang sabarnya, kasihnya dan lemah lembutnya.
Tika aku jatuh dan tak mahu bangun.
Tak mampu berjalan.
Dia setia memujuk dengan kebaikan.
Dia yang penuh pesona.
Dia satu dalam sejuta.
Bagaimana tidak aku jatuh cinta.
Bondaku.

Untuk dia yang jauh.
Semoga pahala untukmu.

Kecintaan saya

Assalamualaikmu :)


Bila kita tengok mereka.
Jangan desak mereka untuk bercerita.
Jangan bersangka sangka.
Doakan agar hatinya punya bahagia.
Kerana.
Kita tak tahu sakit mereka, luka mereka, kisah mereka.
Jangan lupa.
Hati kita juga punya rasa duka rasa bahagia.
Doakan. Bahagia itu akan kembali pada kita.
Tenang tenang sayang.

Apa juga yang berlaku.
Allah, hanya Kau yang tahu.
Jagakan, peliharakan mereka.
 Apa juga yang baik untuk kami, pimpinkan.

Terima kasih geng.
Saya akan merindui kalian.
Setiap minit. Setiap saat.
Mak kundoq. Bawang putih. Bawang merah. Pohon beringin. Ikan kaloi. 

My dear, one day u may lose the people u love, u may lose the things u have, but no matter what happens never lose hope in Him. Allah is always there 
Please take a good care here.
(I will see u when I see u)

Tiga minggu with love

Assalamualaikum :)


Untuk sepanjang ini sejak tiga minggu yang lalu.
Yang terluah cuma Alhamdulillah.
Betul kata orang.
Bila hati baik bicara yang terzahir pun baik baik selalu.
Terima kasih Allah.
Atas pinjaman kasih sayang mereka.


Meluangkan waktu bersama mereka.
Sehingga aku jadi tidak bosan.
Bercerita buat mereka.
Kisah kisah.
Biar hati mereka larut dengan cinta.
Biar jiwa mereka penuh dengan gambaran bahagia.
Biar sesekali air mata kecintaan lahir mengalir dipipi.


 Atas jalan ini.
Untuk sahabat sahabat sesetia mereka.
Terima kasih Allah.

Tangisan masalah :(


Assalamualaikum :)


Kadang kadang saya rindukan tangisan waktu kecil dulu.
Tangisan yang inginkan mainan.
Bukan tangisan kerana sebuah masalah.
Ya.
Pasti luka itu ada.
Tapi ia tersembunyi disebalik tawa gembira.
Kerana saya percaya pada janji Allah.
Selagi masih ada matahari. Selagi itulah ada harapan.
Kata mereka. 
Tangisan juga merupakan satu doa.
Kerana perasaan itu bisu bahasanya.

Allah.
Jagakan saya seperti sejak mula dulu.
:(

Princess :(

Assalamualaikum :)


  Allah, kuatkan hati.
Atas jalan ini.

Selagi masih ada harapan.
Berjalanlah terus kehadapan.
Setiap khilaf, rahsiakan.
Bersabarlah untuk sakit yang seketika.

Jangan terlalu melayan perasaan wahai hati.
Kamu akan tenggelam sendiri.
Kata mereka.
Dalam ketinggian budi, biar ada kerendah hati.
Alhamdulillah, inshaAllah.