The only one

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah.
Untuk beberapa bulan yang Allah izinkan.
Untuk segala kebaikan.
Untuk sabar especially.
Untuk doa.
Untuk semuanya.
Terima kasih dan Terima kasih.

Aku tak bisa meneka bahagian kehidupan.
Rentak jalan kita dimasa hadapan.
Itu urusan milik Tuhan.
Yang aku tahu cuma.
Teguhnya ikatan kerana sayang.

Tunjukkan aku cara meraih cinta dan rahmat Nya.
Bawalah aku menuju taman rindu Nya.
Ajarkan aku jalan menuju syurga Nya.
Dan aku.
Akan terus mendidik diri dan hati.
Agar gelaran dan kedudukan gadis solehah dimata Allah bakal dimiliki.
Bukan aku. Tapi kita.





Hari Sedih.

Assalamualaikum :)


Untuk beberapa bulan yang lepas.
Untuk sekali seumur hidup.
Tahniah Aini.
Tu je saya mampu ucapkan.
Untuk diri sendiri.
Jujur. Saya tak seronok dengan majlis tu.
Orang cakap saya tak bersyukur.

Allahu Rabbi.

Sedih bila dapat naik stage dengan result yang cukup makan.
Sedih lagi bila hari bersejarah kita mak ayah sendiri pun tak dapat datang.
Faham maksud saya?

Tahap kesyukuran saya untuk hari konvokesyen ni, saudara saudari boleh ukur ke?

Ganjaran yang Allah beri pada saya ni. Ya Allah, tak layak rasanya.
Usaha saya masa di Unimas dulu, secebis mana sangat.
Tapi Allah tetap bagi keputusan yang sedang sedang, cukup makan.

Syukur sangat Ya Allah.




Tapi saya ada seseorang yang berani pertahankan saya.
Walaupun saya tak pandai dalam segala hal.
She is a great mother. 
And i love her so much.
Thanks MokSu.





Bonda yang jauh




Rindunya aku pada dia.
Yang tak pernah putus mengajarkan aku tentang cinta hamba.
Tentang rahmat dan kasih NYA.
Terbayang tentang sabarnya, kasihnya dan lemah lembutnya.
Tika aku jatuh dan tak mahu bangun.
Tak mampu berjalan.
Dia setia memujuk dengan kebaikan.
Dia yang penuh pesona.
Dia satu dalam sejuta.
Bagaimana tidak aku jatuh cinta.
Bondaku.

Untuk dia yang jauh.
Semoga pahala untukmu.

Kecintaan saya

Assalamualaikmu :)


Bila kita tengok mereka.
Jangan desak mereka untuk bercerita.
Jangan bersangka sangka.
Doakan agar hatinya punya bahagia.
Kerana.
Kita tak tahu sakit mereka, luka mereka, kisah mereka.
Jangan lupa.
Hati kita juga punya rasa duka rasa bahagia.
Doakan. Bahagia itu akan kembali pada kita.
Tenang tenang sayang.

Apa juga yang berlaku.
Allah, hanya Kau yang tahu.
Jagakan, peliharakan mereka.
 Apa juga yang baik untuk kami, pimpinkan.

Terima kasih geng.
Saya akan merindui kalian.
Setiap minit. Setiap saat.
Mak kundoq. Bawang putih. Bawang merah. Pohon beringin. Ikan kaloi. 

My dear, one day u may lose the people u love, u may lose the things u have, but no matter what happens never lose hope in Him. Allah is always there 
Please take a good care here.
(I will see u when I see u)

Tiga minggu with love

Assalamualaikum :)


Untuk sepanjang ini sejak tiga minggu yang lalu.
Yang terluah cuma Alhamdulillah.
Betul kata orang.
Bila hati baik bicara yang terzahir pun baik baik selalu.
Terima kasih Allah.
Atas pinjaman kasih sayang mereka.


Meluangkan waktu bersama mereka.
Sehingga aku jadi tidak bosan.
Bercerita buat mereka.
Kisah kisah.
Biar hati mereka larut dengan cinta.
Biar jiwa mereka penuh dengan gambaran bahagia.
Biar sesekali air mata kecintaan lahir mengalir dipipi.


 Atas jalan ini.
Untuk sahabat sahabat sesetia mereka.
Terima kasih Allah.

Tangisan masalah :(


Assalamualaikum :)


Kadang kadang saya rindukan tangisan waktu kecil dulu.
Tangisan yang inginkan mainan.
Bukan tangisan kerana sebuah masalah.
Ya.
Pasti luka itu ada.
Tapi ia tersembunyi disebalik tawa gembira.
Kerana saya percaya pada janji Allah.
Selagi masih ada matahari. Selagi itulah ada harapan.
Kata mereka. 
Tangisan juga merupakan satu doa.
Kerana perasaan itu bisu bahasanya.

Allah.
Jagakan saya seperti sejak mula dulu.
:(

Princess :(

Assalamualaikum :)


  Allah, kuatkan hati.
Atas jalan ini.

Selagi masih ada harapan.
Berjalanlah terus kehadapan.
Setiap khilaf, rahsiakan.
Bersabarlah untuk sakit yang seketika.

Jangan terlalu melayan perasaan wahai hati.
Kamu akan tenggelam sendiri.
Kata mereka.
Dalam ketinggian budi, biar ada kerendah hati.
Alhamdulillah, inshaAllah.