Bonda, awak adalah anugerah :)

Assalamualaikum :)


Bonda!
Saya mintak maaf.
Sebab jadi anak yang sekadar pentingkan diri sendiri.
Saya mintak maaf.
Sebab jadi anak yang selalu banyak main.
Saya mintak maaf.
Sebab selalu jadi seorang anak yang meletak harapan tinggi.
Saya mintak maaf.
Sebab jadi anak yang sering tak peka dengan rasa orang lain.
Saya mintak maaf.
Sebab jadi anak yang selalu banyak kerenah.

Cukuplah.
Saya dah banyak belajar dari kesilapan.
Saya tak mahu melukakan.
Saya taknak berangan lagi.

Terima kasih Allah.
Hadiahkan saya bonda tercantik ini.


Allah beri kelebihan pada bonda seorang ini dengan ilmunya.
Dengan kelembutan bicaranya.
Dengan senyuman bersih yang menyenangkan pada wajahnya.
Dengan auranya yang sering menyalur tenaga.
Dia yang sangat istimewa.
SubhanaAllah.
:)

Sejujurnya.
Saya taknak banyak berangan.
Berangan untuk mendapatkan anak anak penyejuk hati.
Sedang saya belum lagi jadi anak manis buat ayahanda bonda.
Kerana saya bimbang.
Bimbang akan terus khayal melayan perasaan.

Bonda.
Saya tinggalkan bonda kejap je untuk cari ilmu Allah.
InshaAllah bonda selalu ada di hati saya.
Bila masa mengizinkan, saya pulang menemani bonda.
Bonda jangan sedih.
Saya jauh nak temankan bonda.
Allah nak beri bonda banyak pahala bila bonda sabar.
Allah sekadar pisahkan jasad kita, bukan nyawa.

Saat ini juga.
Saya sedang mencari kekuatan.
Sedang membina masa depan.
Sedang memperbaiki kekurangan.
Sedang mengintai kebaikan.
Dan sedang menyuburkan kasih sayang kerana Allah.
Hanya untuk Allah.

Mungkin juga sepanjang langkah ini.
Masih bersisa kekurangan sebagai insan biasa.
Yang sungguh anak bonda ini tidak sempurna.
Yang selalu bersalut dosa.
Yang sering tak lepas dari murka Dia.

Sungguh.
Allah mengetahui atas segalanya.
Dan tempat bonda selalu di hati saya.
Selamanya~







putera raja datang melamar (:

Assalamualaikum (:


Ini serius.
Cerita ni masa saya sekolah rendah. Darjah enam.
Putera raja datang nak melamar saya jadi kekasih dia.
Ya Allah. 
Memang terkejut gila.
Time tu saya baru balik dari sekolah.
Jalan kaki sorang-sorang.
Sebab saya ponteng kelas tambahan.
hehe (:
Dalam hati sedang bermonolog sorang diri.

Tiba-tiba . . .

"errr, maaf Cik Aini "

Saya terkejut.
Pak cik berusia 40 tahun tegur saya.

" errr, maaf mengganggu Cik Aini. Sila ikut saya sekejap. Tuan saya ingin berjumpa Cik."

Pak cik itu menunjuk ke arah sebuah kereta mewah.
Muka saya sudah dipenuhi peluh.
Pucat tiba-tiba.
Saya menjawab.

" Maaf, saya tak ikut orang tak dikenali. "

Saya berjalan laju.
1, 2, 3...
lariiiiiiiiiii....

" Tunggu. Tuan saya kenal Cik Aini. Mungkin Cik Aini je tak kenal dia. "

Pak cik tersenyum ikhlas.

" maaf. Saya tak nak."

Tiba-tiba saya terdengar deruman enjin kereta menuju ke arah saya.
Saya memandang.
Bmw.
Waaaauuuuu
Mesti anak orang kaya ni.
Bestnya.

Pemandu kereta keluar.
Lelaki.
Hensem.
Comel.
Lagi hensem dari Mr. Key.
Ohhh please.
Tolong jangan tamak aini.

" Maaf Cik Aini. Pengawal peribadi saya telah menyusahkan awak. "

Dia memandang saya.
Dia senyum pada saya.
Tapi.
Kasanovanya senyuman dia.

" Dah makan belum? Jom saya belanja. Ehh! lupa nak kenalkan. Saya Tengku errr tak perlu tahu kut. "

Dia hulurkan tangan.
Saya terkedu.
Saya menghulurkan juga tangan kanan.
Tapi. Errrrr jap jap.

" HARAM "

" Aini, Straight to the point jela saya cakap ni. Hanya satu je saya nak cakap. Ini penentu hidup dan mati saya. "

Eh Eh
Apa semua ni.
Hdup? Mati?
Kenapa semua ni berlaku dalam sekelip mata.
Saya masih budak.
Belum mencapai umur 13 tahun lagi.
Kenapa mesti saya.

" Apa? "

Dia melutut.
Kotak merah hati dikeluarkan.
Sebentuk cincin bermata berlian dihulur pada saya.
Matanya memandang saya.

" Sudi tak Cik Siti Noraini Binti Zulkifli menjadi kekasih hati saya. "

Kelu.






Terkejut.






Malu.










Dummmmmmmmmm
Bunyi buah kelapa jatuh di belakang rumah.
Arrrrr...
Mimpi rupanya.
GIla.
Memang gila.
Saya tersenyum dalam diam.
Sweetnya mimpi saya hari tu.
Sampai sekarang saya masih ingat.
Saya ingin ia menjadi realiti.
Saya ingin bagi jawapan pada putera raja tu.
Ya. Jawapan saya Ya.
Geramnya saya pada buah kelapa itu.
Kacau saya punya mimpi.
Saat tu.
Saya masih menunggu.
Masih dapatkah saya bermimpi seperti itu lagi.
Bangkit aini.
Bangkit.
:)

#setiap dialog dalam mimpi tersebut telah diubah untuk menyuweetkan lagi cerita ini#
hehehehehe
sweet tak? sweet tak?






Ohh Gastrik

Assalamualaikum :)


Yessss!!!!
Sekarang saya dah ada pendamping baru.
Selalu temankan siang dan malam.
Tapi...
Bila malam lagi suka dia bermesra bermanja dengan saya.
Sampaikan saya kena merayu-rayu lepaskan saya.
Sampaikan saya terpaksa menggulingkan diri.
Haaaa!
Peneman saya ni namanya ''GASTRIK''.
Dah seminggu dia setia temankan saya.
Sweetkan dia.
Nama pun comel je.


Asalnya ingatkan sakit perut biasa.
Pastu angin pulak tak keluar-keluar.
Memang tak sangka dapat teman nama gastrik ni.
Ermmm...
Bila dah beberapa malam tido tak lena je.
Asyik kena tekan je perut ni.
Tekak pun mual-mual.
Terfikir juga.
Ntah! Ntah! aku kena penyakit kronik tak?
Hati menjawab bukan! bukan! bukan!.
 Aishhh!!!
Takutnya.

Tiap-tiap malam perut memang tak selesa.
Sakit-sakit.
Pedih-pedih.
Malam tu bila sedang berseorangan layan sakit ni.
Kak dila datang urutkan.
Malu la sebab perut saya tak pernah ada orang urutkan.
Okey kecuali Bonda saya la.
:)
 Kak dila cakap perut saya kembung.
Angin banyak sangat kat perut ni.
Saya mengeluh.
Sebab memang betul angin saya tak keluar.
:(
Pastu Asma buatkan air halia.
Kononnya nak keluarkan angin dalam badan saya ni.
Sampai esok pagi saya tunggu angin tak keluar jugak.
Pagi tu saya minum lagi.
Tetap angin tak jumpa jalan keluarnya.
Ermmm..
Saya buntu.
Taktau nak buat apa lagi.

Hari yang seterusnya.
Saya memang tak tahan sungguh.
Serius!!!
Pagi pun tak pergi kelas.
Bila petang saya keluar kelas kejap.
Saya pergi pusat kesihatan Unimas.
Masa tu takut sangat.
Bukan takut nak pergi check up.
Tapi!!
Takut kalau dapat doktor international plak.
Haram la nak menjawabnya.
Hehehe. :)

Jumpa Doktor.
Dan doktor cakap...
"Awak gastrik ni. Takpe nanti doktor bagi awak ubat".
Dengan berat hatinya saya tersenyum ke arah doktor.
Pulangnya saya kerumah dengan membawa segenggam ubat di tangan.
Walaweyyy!!!
Ayat bajet giler kut.
Haha.

Ye.
Yang pastinya.
Memang sakit.
Minggu ni minggu penderitaan.
Haaaa.
Lain kali jaga kesihatan ye aini.
Padan muka.
:(


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)





sendirian :(

Assalamualaikum :)


Takpe !
Ganjaran daripada Allah itu rahsia.
Kita tak tahu kebaikan kita yang mana yang akan membawa kita ke syurga.

Kita juga tidak tahu.
Mungkin, insan yang berjalan sendirian...
Yang sentiasa keseorangan itu...
Paling bahagia berbanding diri kita yang punya ramai teman.

Nak tau kenapa?
Sebab dia ada Allah sebagai teman.
kan?

Sweetnya Allah.
Sayang Allah banyakk banyakkk.
:)



kuatnya aini :)

Assalamualaikum :)


Bukan semua benda kita mampu luahkan.
Kerana pada manusia itu pasti punya kekurangan.
Tapi dalam ketidakmampuan itu.
Kita punya Allah yang faham semuanya.
Semuanya tanpa sedikit pun celah. :)

Okey.
Listen aini!

Bila kita rasa kita nak ubah sikap kita.
Rahsiakan daripada sesiapa.
Mulakan langkah pertama.
Kalau benar mahu jadi yang pertama.
Buktikan pada Dia. 
:)


Hidup ini penuh dengan kejutan.
Istiqamah. Allah akan ada.
Dia yang penuh dengan setia dan cinta.
:)
Go aini go!

Jalan kesedihan :)

Assalamualaikum :)


Kadang kadang.
Bila hati kita berada dalam kesempitan dan kesedihan.
Tiada seorang manusia pun di sekeliling kita yang mampu menyelami rasa dihati.

Jangan salahkan mereka.
:)

Sebab.
Kita sesama manusia ada batas batas kemampuan.
Untuk memahami antara satu sama yang lain.

The best solution.
:)

Dekatilah Allah.
Menangislah padaNya.
Sebab Allah suka sangat kita mengadu padaNya.
Dia setia menemani kita.
dan!
Dialah yang paling memahami isi hati setiap hambaNya.
:)

Allah itu sangat baik kan.
<3

Buat roomate comelku :)

assalamualaikum :)


Sahabat :)
Ajarkan aku mencintaimu kerana Allah.
Agar nanti kita takkan lari ketika bertemu di akhirat.
Agar aku dan kamu dapat bersahabat lagi di jannah.

"cukuplah aku mencintaimu dalam hati, menyalurkan lewat doa-doa disetiap sujudku,
 dan menjagamu melalui Allah"

Malam ni kita naik buaian kat vista.
Kita pandang langit.
Langit malam cantik.
Bila malam Allah pinjamkan bulan dan bintang.
Allah taknak kita rasa sorang diri.
Pada langit kita seakan ia pelukan Allah yang mendamaikan.
Kasihnya tak dapat dilihat dimata.
Tapi diberi untuk rasa.
Kasih dan aturannya tersembunyi bersama cinta.
Untuk Dia nilai hamba mana yang mencintai Dia dengan benar.

Maluuuu.
Bila kita nangis depan fit dan zila.
Sebab kita sedih.
Kita ingat kat keluarga sana.
Lebih lebih lagi.
 Bila kita disoal pasal hubungan dengan kawan kita yang sorang tu.
Kita sayang dia.
Siapa sangka dia dulu seorang yang kuat.
Sekarang Allah tarik kekuatan itu.
Dia juga hairan kenapa sebegitu sekali hatinya.
Maka ingatlah awak.
Hati itu Allah yang pegang.
Sekuat mana pun manusia tak akan tanpa bergantung pada Allah.

Allah tak pernah nak kita sedih.
Allah tak pernah nak sakitkan kita.
Allah tak pernah nak hukum kita.
Allah bukan pemarah. Allah tak zalim.
Tapi Allah beri kita sedih sebab Allah pilih kita.
Allah sayang. Allah nak angkat kita.
Tau?

Entry ni khas buat kawan sebilik saya.
Saat ini hati saya masih merajuk.
Masih ingin memujuk hati sendiri.
Semoga Allah bertambah sayang. :D


I just wanna be with You, Allah.
No other but You.