Kerana 1/25

Assalamualaikum :)


Saat ini saya cuba untuk mencari kekeruhan.
Kekeruhan yang melanda sangkar hati saya.
Sebuah persinggahan yang sangat perit untuk dilalui.
Seperti biasa. Ada sayu yang menyapa.
Tak semua memahami. Hanya hati ini yang merasai.
 Dan itulah yang dinamakan insan.

Disini saya bebas berbicara.
Untuk meluah rasa.
Untuk mencari ketenangan diri.
Terlalu banyak hal yang saya fikirkan.
Untuk saya bangun dan cari kekuatan.

Menghampiri asar tadi. Hati saya benar benar lega.
Setelah penat bersendirian. Merendahkan hati pada Allah.
Saya mengadu dengan rasa yang sarat dengan rindu.
Sungguh saya bercerita akan kesedihan.
Tentang dunia yang menyakiti. Yang sering menggaris luka.
Tentang hati yang melalaikan. Yang sering mengukir dosa.
 Ya Allah.
Teruslah bersama saya. Dalam melapangkan fikiran.

------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini.
Saya sedih sebab diri saya.
Saya terluka kerana hati saya.
Saya menangis untuk kebodohan saya.
Moga Allah beri jalan pada saya.
Membaiki diri disaat lemah tak berdaya.
Mohon doanya terus.
:)
------------------------------------------------------------------------------------

Maaf bila saya sering menangis depan awak.
Malu.


Tika diuji :)

Assalamualaikum :)


Andai jiwa diuji atas jalan ini.
Jangan bersedih hati.
Kerana ada Dia yang setia menemani.
Allahku tetaplah bersama saya.
:)

Kadang-kadang saya nak sangat jadi Tuan Puteri.
Sebab saya rasa saya dapat lari dari kekecewaan dan kesedihan.
Sebab mana ada orang nak sakitkan hati tuan puteri kan.
Apa yang kita nak semua akan dapat.
Tapi kita lupa.
Takkan ada janji yang lebih baik selain janji Allah.
Kita telah merancang. Allah juga telah merancang.
Tapi percayalah wahai hati.
Perancangan Allah sebaik-baik perancangan.
:)


Nabi Ya'kub juga telah diuji.
Kehilangan anak yang dikasihi.
Pada Allah, diluahkan rasa hati.
Sehingga buta matanya menangis.
Hilang keyakinan pada Allah tidak sesekali.
Begitu iman para nabi.
Untuk kita fahami.
Erti hidup tika sabar dalam diuji.
:)

Moga Allah mudahkan setiap urusan.

Raya korban datang lagi!

Assalamualaikum :)

Pada Ibu Ayah itu.
Allah kurniakan kasih sayang yang sangat luas.
Bila rasa susah hati, ada yang tak kena.
Baliklah jumpa Ibu Ayah.
Pandang wajah mereka dengan kasih sayang.
Bukan setakat dapat pahala tapi Allah bagi banyak kebaikan.
Allah boleh cabut keresahan. Allah boleh bagi ketenangan.
Tapi.
Saat ini kami tidak mampu. Ketika ini kami tidak berpeluang.
Untuk menatap wajah Ibu Ayah.
Bagi menghilangkan keresahan di hati
.
Tiga tahun berturut turut kami hanya memendam rasa.
Untuk turut merasa korban di hari raya.
Tapi apakan daya.
Allah sebaik baik perancang.
Mungkin pengorbanan kami kecil di mata orang.
Insha Allah ianya besar dimata Allah.
Doakan terussss!

Kami rindu. Kami teringin. Kami kempunan.
Mahu merasa enaknya daging korban.
Allah sampaikan rasa ini pada mereka di kampung.
Agar mereka tidak lupa pada insan tidak berkemampuan.
Seperti kami.
:(


selamanya

Assalamualaikum :)

 
Berhiduplah dengan aman.
Disisi Tuhan kita, untuk selamanya.
Dengan air mata ku kirimkan doa penuh cinta.
<love>

Indahya dia :)

Assalamualaikum :)


Hari ni saya habiskan lagi masa dirumah.
Saya jalan jalan lagi melihat blog orang.
Tiba-tiba saya terpaku pada indahya kata kata dia.
Kata kata memujuk pada Allah.
Untuk terus meredhai dia.
Untuk terus fahamkan hatinya.
Tentang utuhnya iman Khadijah serta mekarnya cinta Khadijah.
Tentang kentalnya jiwa Masyitah si penyisir rambut yang bertaqwa.
Tentang tingginya peribadi Asiah isteri solehah.
Tentang taatnya seorang puteri semulia Fatimah terhadap ayahandanya.

Allahku,
Indahnya pada peribadi dia.
Yang inginkan cita cita seperti mereka yang dijanjikan syurga.
Sedangkan saya hari ini lebih banyak mencari waktu bersenang senang.
Yang mudah benar menangis dan mengatakan lelah tika diuji payah.

Allahku,
Indahnya pada peribadi dia.
Yang merayu meminta menyaksikan kata katanya.
Untuk mengizinkan dia punya hati yang baru.
Untuk terus mencintai-Mu.

Aduhai jiwa.
Bangunlah buka mata dan buka hatimu.

Lama tak jenguk dunia sini.
Rindu.
Bila singgah sini, selalu rasa sayu.
Cepatnya masa berlalu.
Banyak sangat benda yang dah berlaku.

SELAMAT KEMBALI KEDUNIAMU WAHAI SI COMEL.




fasa terakhir ramadhan :(

Assalamualaikum :)


Pada bulan cantik itu.
Allah mahu khabarkan.

Tak lama lagi, ramadhan akan pulang.
Sedih bukan?
:(

Alone

Assalamualaikum :)

Sebelum madah tulus ku memulakan langkah. 
Ku memulakan dengan nama Allah yang satu. 
Sebelum lebih jauh ku melangkah dengan ilham hati.
Ku lebarkan sayap sapaan syurga pada kalian.
Dengan mengutuskan salam seharum semerbak kasturi.

Diri ini hanya insan biasa biasa yang tak mampu nukilkan bait bait ayat cinta yang indah bak langit 7 petala.
Apa yang ada hanyalah tinta ikhlas tulus dari lubuk kalbu.
Ku cuba sedaya upaya melebarkan sayap ukhwah melalui laman ilham ilahi.

Ada masanya hati ini merintih kesepian.
Bagai kehilangan atau mungkin bagai mencari setitik kasih.
Setitik kasih yang suci dan sedingin embun pagi.
Segar menusup ke sanubari.
Setitik kasih yang bersinar ibarat sebutir permata.
Indah berkilau cantik dipandangan mata.

Ada masanya hati ini merindu sayu.
Bagai berkurun penantian atau berkurun pengharapan tak berpenghujung.
Rindu yang seluas lautan yang tak kelihatan pantainya.
Masa tak pernah simpati apatah lagi untuk berhenti.
Hari hari yang berlalu menambah usia tapi hati ini masih di sini.
Masih sepi dan masih rindu.

Tabahkah hati ini, bila merintih sendirian?
Kuatkah hati ini, bila tak berdaya mengusir kesepian yang kian mencekam?
Sabarkah hati ini, bila tak upaya menyikirkan rindu yang membadai?
Naluri halus ini tak mampu ku abaikan.....

Ku tak mampu lagi bertahan.
Tak mampu lagi melupakan .
Apa lagi menidakkan keinginan hati kecil ini.
Aku menyayangi insan yang nakal solehah ini.

Hati ini berbisik sendiri tanpa suara.
Hanya meluahkan disini.
Yang juga senyap tanpa bicara.

Again and again.
I miss my mom, my sweet mother.