Princess :(

Assalamualaikum :)


  Allah, kuatkan hati.
Atas jalan ini.

Selagi masih ada harapan.
Berjalanlah terus kehadapan.
Setiap khilaf, rahsiakan.
Bersabarlah untuk sakit yang seketika.

Jangan terlalu melayan perasaan wahai hati.
Kamu akan tenggelam sendiri.
Kata mereka.
Dalam ketinggian budi, biar ada kerendah hati.
Alhamdulillah, inshaAllah.

 


 

Terima kasih ladies :)

Assalamualaikum :)

 
Buatmu sahabat. Beautiful ladies.
Dalam doa cinta itu ada. Cinta itu setia. Dalam jagaan dia.
Bersama memori. Bersama cerita hati.

Pernah terbaca. Pernah terdengar.
Kata mereka. Bersahabatlah dengan orang yang baik baik.
Sebab kita tak pernah tahu. Sahabat mana yang akan cari kita.
Dan tanyakan Allah tentang kita. Bila dia tak jumpa kita di syurga. 

Moga kalian juga akan bertanya pada Allah tentang aku.
Jika saya tiada bersama kalian di syurga kelak.
Terima kasih sahabat.
Atas sumbangan selama ini. Atas kasih sayang selama ini.
Yang tak pernah aku harapkan.
Namun tanpa segan silu kalian hulurkan saat aku terkapai kapai seorang diri.
Beberapa detik lagi kita bersama.
Seorang demi seorang akan bakal pergi.
Semoga kita semua tak sunyi dari kasih Ilahi.
:)


Hakikatnya :)

Ya hakikatnya.
Dalam hidup ini kita suka bila mereka sentiasa ada untuk kita.
Yang sabar menunggu bangkitnya kita dari beradu.
Yang tabah mendengar bila kita membebel marah.
Yang pemurah belanja, memasak dan jaga kita.
Yang sanggup kongsikan sehinggit bila dompet kita kosong.
Yang hanya setakat mesej bila air mata kita mengalir.
Yang sering manjakan diri kita dengan kata kata sayang.
Yang rela mendekati saat diri kita keseorangan.

Jika benar ada. Jika benar wujud. Jika benar terjadi.
Kalian memang layak untuk dikenang sehingga akhir nafas.
Jelas kalian memang kiut untuk dibandingkan dengan hello kitty.
*******************************
Aini.
Allah mungkin izin kau buat baik depan orang.
Tapi Allah mungkin izin orang lain buat baik sembunyi sembunyi.
Pandangan manakah lebih baik selain pandangan Tuhanmu?
Moga baik baik dalam jagaan DIA.
 

Allahku :(


Allahku.
Ajarkan aku tentang sabar.
Sabar yang sebenar.
Untuk bahagia yang ku kejar.
Airmataku hari ini Allah.
Ku membawa bersama rindu yang tersimpan.
Untuk membawa aku rapat denganMU.

Sungguh aku tak kuat lagi.
Dalam meneruskan hidup ini.
Andai mereka tahu.
Siksa aku. Sakit aku. Pedih aku.
Mungkinkah aku akan terus kuat.
Demi mereka.
Orang yang aku sayangi.
Dunia akhirat.

Ya Allah selimutkan aku dengan hangatnya kasihMU.
Agar aku tidak kedinginan keseorangan.
Saat yang lain pergi meninggalkan aku.
Demi MU Ya Allah.
Aku sakit.
Sakit yang teramat.
 Bawalah aku pergi jauh dari dunia ini.
Jauh dari segalanya.
Jauh dari manusiawi.

#Moga aku ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman kelak#


Kerana 1/25

Assalamualaikum :)


Saat ini saya cuba untuk mencari kekeruhan.
Kekeruhan yang melanda sangkar hati saya.
Sebuah persinggahan yang sangat perit untuk dilalui.
Seperti biasa. Ada sayu yang menyapa.
Tak semua memahami. Hanya hati ini yang merasai.
 Dan itulah yang dinamakan insan.

Disini saya bebas berbicara.
Untuk meluah rasa.
Untuk mencari ketenangan diri.
Terlalu banyak hal yang saya fikirkan.
Untuk saya bangun dan cari kekuatan.

Menghampiri asar tadi. Hati saya benar benar lega.
Setelah penat bersendirian. Merendahkan hati pada Allah.
Saya mengadu dengan rasa yang sarat dengan rindu.
Sungguh saya bercerita akan kesedihan.
Tentang dunia yang menyakiti. Yang sering menggaris luka.
Tentang hati yang melalaikan. Yang sering mengukir dosa.
 Ya Allah.
Teruslah bersama saya. Dalam melapangkan fikiran.

------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini.
Saya sedih sebab diri saya.
Saya terluka kerana hati saya.
Saya menangis untuk kebodohan saya.
Moga Allah beri jalan pada saya.
Membaiki diri disaat lemah tak berdaya.
Mohon doanya terus.
:)
------------------------------------------------------------------------------------

Maaf bila saya sering menangis depan awak.
Malu.


Tika diuji :)

Assalamualaikum :)


Andai jiwa diuji atas jalan ini.
Jangan bersedih hati.
Kerana ada Dia yang setia menemani.
Allahku tetaplah bersama saya.
:)

Kadang-kadang saya nak sangat jadi Tuan Puteri.
Sebab saya rasa saya dapat lari dari kekecewaan dan kesedihan.
Sebab mana ada orang nak sakitkan hati tuan puteri kan.
Apa yang kita nak semua akan dapat.
Tapi kita lupa.
Takkan ada janji yang lebih baik selain janji Allah.
Kita telah merancang. Allah juga telah merancang.
Tapi percayalah wahai hati.
Perancangan Allah sebaik-baik perancangan.
:)


Nabi Ya'kub juga telah diuji.
Kehilangan anak yang dikasihi.
Pada Allah, diluahkan rasa hati.
Sehingga buta matanya menangis.
Hilang keyakinan pada Allah tidak sesekali.
Begitu iman para nabi.
Untuk kita fahami.
Erti hidup tika sabar dalam diuji.
:)

Moga Allah mudahkan setiap urusan.

Raya korban datang lagi!

Assalamualaikum :)

Pada Ibu Ayah itu.
Allah kurniakan kasih sayang yang sangat luas.
Bila rasa susah hati, ada yang tak kena.
Baliklah jumpa Ibu Ayah.
Pandang wajah mereka dengan kasih sayang.
Bukan setakat dapat pahala tapi Allah bagi banyak kebaikan.
Allah boleh cabut keresahan. Allah boleh bagi ketenangan.
Tapi.
Saat ini kami tidak mampu. Ketika ini kami tidak berpeluang.
Untuk menatap wajah Ibu Ayah.
Bagi menghilangkan keresahan di hati
.
Tiga tahun berturut turut kami hanya memendam rasa.
Untuk turut merasa korban di hari raya.
Tapi apakan daya.
Allah sebaik baik perancang.
Mungkin pengorbanan kami kecil di mata orang.
Insha Allah ianya besar dimata Allah.
Doakan terussss!

Kami rindu. Kami teringin. Kami kempunan.
Mahu merasa enaknya daging korban.
Allah sampaikan rasa ini pada mereka di kampung.
Agar mereka tidak lupa pada insan tidak berkemampuan.
Seperti kami.
:(