kuatnya aini :)

Assalamualaikum :)


Bukan semua benda kita mampu luahkan.
Kerana pada manusia itu pasti punya kekurangan.
Tapi dalam ketidakmampuan itu.
Kita punya Allah yang faham semuanya.
Semuanya tanpa sedikit pun celah. :)

Okey.
Listen aini!

Bila kita rasa kita nak ubah sikap kita.
Rahsiakan daripada sesiapa.
Mulakan langkah pertama.
Kalau benar mahu jadi yang pertama.
Buktikan pada Dia. 
:)


Hidup ini penuh dengan kejutan.
Istiqamah. Allah akan ada.
Dia yang penuh dengan setia dan cinta.
:)
Go aini go!

Jalan kesedihan :)

Assalamualaikum :)


Kadang kadang.
Bila hati kita berada dalam kesempitan dan kesedihan.
Tiada seorang manusia pun di sekeliling kita yang mampu menyelami rasa dihati.

Jangan salahkan mereka.
:)

Sebab.
Kita sesama manusia ada batas batas kemampuan.
Untuk memahami antara satu sama yang lain.

The best solution.
:)

Dekatilah Allah.
Menangislah padaNya.
Sebab Allah suka sangat kita mengadu padaNya.
Dia setia menemani kita.
dan!
Dialah yang paling memahami isi hati setiap hambaNya.
:)

Allah itu sangat baik kan.
<3

Buat roomate comelku :)

assalamualaikum :)


Sahabat :)
Ajarkan aku mencintaimu kerana Allah.
Agar nanti kita takkan lari ketika bertemu di akhirat.
Agar aku dan kamu dapat bersahabat lagi di jannah.

"cukuplah aku mencintaimu dalam hati, menyalurkan lewat doa-doa disetiap sujudku,
 dan menjagamu melalui Allah"

Malam ni kita naik buaian kat vista.
Kita pandang langit.
Langit malam cantik.
Bila malam Allah pinjamkan bulan dan bintang.
Allah taknak kita rasa sorang diri.
Pada langit kita seakan ia pelukan Allah yang mendamaikan.
Kasihnya tak dapat dilihat dimata.
Tapi diberi untuk rasa.
Kasih dan aturannya tersembunyi bersama cinta.
Untuk Dia nilai hamba mana yang mencintai Dia dengan benar.

Maluuuu.
Bila kita nangis depan fit dan zila.
Sebab kita sedih.
Kita ingat kat keluarga sana.
Lebih lebih lagi.
 Bila kita disoal pasal hubungan dengan kawan kita yang sorang tu.
Kita sayang dia.
Siapa sangka dia dulu seorang yang kuat.
Sekarang Allah tarik kekuatan itu.
Dia juga hairan kenapa sebegitu sekali hatinya.
Maka ingatlah awak.
Hati itu Allah yang pegang.
Sekuat mana pun manusia tak akan tanpa bergantung pada Allah.

Allah tak pernah nak kita sedih.
Allah tak pernah nak sakitkan kita.
Allah tak pernah nak hukum kita.
Allah bukan pemarah. Allah tak zalim.
Tapi Allah beri kita sedih sebab Allah pilih kita.
Allah sayang. Allah nak angkat kita.
Tau?

Entry ni khas buat kawan sebilik saya.
Saat ini hati saya masih merajuk.
Masih ingin memujuk hati sendiri.
Semoga Allah bertambah sayang. :D


I just wanna be with You, Allah.
No other but You.


Mulai jatuh cinta :)

Assalamualaikum :)



Hari ni saya pergi kelas English in Media.
Saya rasa seronok sangatttt.
Rasa macam nak lompat bintang 44 kali tanpa henti.
Kedudukannya dengan saya hanya beberapa meter.
Saya asyik memandangnya.
Sekali sekala dia membetulkan kedudukannya.
Entah kenapa.
Hari pertama saya melihatnya dia sangat istimewa.
Senyumannya. Matanya. Hidungnya. Bibirnya.
Okey gatal.
Lempang saya laju laju.
:)

Tiap kali jumpa dia.
Mesti buat saya terpaku pada pesonanya.
Indahnya dia pada akhlak dan rupa.
Tersipu malu bila terkenangkan dia.
Tawa dan senyum yang sentiasa menghiasi dirinya.
Layanan dia pada mereka di sekelilingnya.
Ah! Saya mulai jatuh cinta lagi.
Hey! kinikan saya dah dewasa.

Satu saat nanti.
Saya tahu dan saya pasti.
Saya harus terjaga dari mimpi ini.
Saya akan berhenti mengejar pelangi.
Berusaha hidup di dunia realiti.
Bye Mr. Romantik.




cuma kau yang tahu :)

Bismillahirrahmanirrahim :)


Allah.
Hatiku satu.
Cuma kau yang benar tahu.
Benar.
Kita saja yang cepat menyerah.
Kita saja yang tak kuat untuk tetap tegar.
Aneh.
Sungguh aneh rasa ini.
Pasti.
Perjalanan ini benar payah.
Kerana.
Begitu maharnya jika mahu hidup benar benar kerana Allah.

Allah.
Dengan rendah hati.
Aku datang mahu mengadu.
Dengan rasa yang sarat dengan rindu.
Datangku mahu bercerita kesedihanku.

Allah.
Dunia telah menyakiti aku.
Benar benar sedang menggaris luka dihatiku.
Berjuta kali.
Mereka tetap tidak mahu berhenti.

:(

Diamku kerana malu.

Assalamualaikum :)


Saat begini hati tiba tiba jadi rindu.
Seperti biasa.
Ada sayu yang menyapa.
Sungguh.
Hati rindu.
Pada seseorang yang dadanya sarat dengan ilmu.

SubhanaaAllah.

Kerana aku ini terlalu biasa.
Tak tahu bagaimana caranya untuk ku menepis rasa seganku yang meninggi.
Apabila bertemu dirimu.
Yang akhlaknya seperti langit dan bumi dengan aku.

Biar selalu aku senyap tanpa berita.
Biar kita terpisah.
Jauh dari segalanya.
Kerana.
 Diamku tak bererti lupa.
Agar.
Dirimu faham diamku tetap merindu.

Sungguh.
Diamku malu. Bukan sengaja main sembunyi sembunyi.
Allah sampaikan rasa ini.

Saat ini.
Pada Dia aku banyak bercerita.
Seperti selalu.
Allah sentiasa faham bicara kita.

Terima kasih.
Kerana hadirmu biar seketika.
Dan.
Rahsia itu akan selalu tersembunyi.
Melainkan Dia. Tahu semuanya.

Awakkk
Nanti kita jumpa lagi dalam mimpi tau.
Nak nangis sampai puas.
Biar awak peluk kita.
Comel. 
:)






Buat si cantikkkk! (:


Ada budak tu suka giler dengan mamat nie. (:

Nah!
Ni untuk awak.
Malu nak bagi depan depan.
Macam nak mengorat pula.
(:

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu



#Najwa Latif#
Saya tau awak tak suka lagu mengada macam ni.
Sebab awak kan suka lagu rock kotemporari ranggi bagai.
Hehehe
Terima kasih Asmaaa
Awak tak pernah bosan temankan.
Sweetnya.
Yanty jugakkk.
Sayang banyakk banyakkk.


(:

Tapi saya tak nak balik sana. 
Bukan sebab tak nak jumpa awak. 
Sebab saya sedih bila kat sana. 
Okey abaikan.
Nanti saya cari lagu jiwang lagi untuk awak dengan yanty yea.
Hehehe (:



:)