kehilangan .::


Suatu catatan perjalanan .::

~semua orang akan diuji Tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Walaupun mengharungi perjalanan yang penuh liku bersama hari hari. Namun bila sampainya hari Tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memencah gunung ganang.~

Penulisan kali ini adalah dari hati seorang insan bernama siti noraini binti zulkifli. Mungkin apa yang akan aku karangkan didalam ini lahir dari jiwa dan tentunya ia adalah sebuah penulisan yang turun dari hati. Ianya sebuah kisah, sebuah kisah yang benar benar telah berlaku dalam hidup aku. Janji tetap janji, apatah lagi janji kita pada Yang Maha Esa...tidak akan awal atau lambat sesaat pun, kerana Allah sekali kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya.

SEBAK...gugurnya daun meninggalkan dedaunan yang lain.
Adakalanya hari yang panas dan ceria akan bertukar mendung seketika.
Begitulah hidup. Disaat kau selesa dengan kehidupan tiba tiba kau diuji dengan kehilangan.
Tidak pernah terfikir olehku.
Tidak sedikitpun ku bayangkan.

Sebelum dia dikandung kedua orang tuanya menginginkanya. Sebelum dia dilahirkan kedua orang tuanya tidak sabar menanti kelahirannya. Dan apabila dia dilahirkan kedua orang tuanya menatang bagai minyak yang penuh. Namun, dewasanya dia menjadikan seorang yang tidak diduga. Hidupnya segelap malam tanpa wujudnya bulan dan terbitnya bintang. Dan 09/12/2012 telah menjadi saksi bahawa hilangnya dia bersama sama deras arus air sungai. Perginya dia menyahut seruan ilahi. Sekarang, hakikatnya dia telah meninggalkan kami semua. Dia telah hilang disaat ibunya sedang memerhatikannya. Dia telah hilang disaat abahnya tidak mampu berbuat apa apa. Dia telah hilang disaat adik beradiknya berada jauh darinya. Dia telah hilang disaat saudaranya sedang keluar mencari rezeki. Dan dia hilang. Hilang dari pandangan dunia. Tenggelamnya bersama air mata keluarganya. Perginya tanpa persediaan. Perginya tanpa perhintungan. Perginya tanpa ucapan. Pergilah. Berehatlah sepuasnya. Berhentilah dari berlari dan berjalan.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jika ujian ini untuk menguju keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan"...Amin.

Moga rohnya dicucuri Rahmat-Nya dan tergolong dalam kalangan orang orang yang Allah lindungi dari fitnah dan seksaan azab kubur.

Semoga kiriman doa yang tidak putus,
mengintai kasih Ilahi buatnya...

(pretend like nothing happens. betapa teruknya aku rasa...!)

0 comments:

Post a Comment