Kosong.

Assalamualaikum :)



Saya berjalan jalan merata di rumah orang.
Rasanya dah dekat seminggu di sini.
Banyak sangat benda yang saya tahu.
Membawa fikiran saya melayang.
Terbang.
Terlalu banyak rahsia.

Jarum jam berdetik laju.
Melepasi tengah malam.
Mata saya masih belum layu.
Terlalu banyak hal yang saya fikirkan.
Bersama banyak peristiwa.

Manusia ni bukan sekadar lupa sifatnya.
Semuanya untuk mengajar kita tentang hidup.
Terkadang dalam usaha nak jadi baik ni.
Kita terlupa yang kita tak kuat dan lemah.
Kita terlupa yang syaitan selalu datang menghalang.
Kita terlupa yang kita tak mampu lakukan kalau Allah tak izinkan.
Dunia ni bukan untuk selamanya.
Ambil dunia sekadar yang kita perlukan.
Jangan ambil kesemuanya.
Kerana kita akan binasa sendiri.

Saat ini.
Saya jadi hanyut melayan perasaan.
Fikiran melayan.
Kosong.
Rasa ini mahu ku buang jauh.
Biar tak dapat dirasa dalam jiwa.
Biar tak terlihat pada mata.

Aneh.
Sungguh aneh rasa ini.
Allah.
Hatiku satu.
Cuma kau yang benar tahu.
:)


0 comments:

Post a Comment