Air mata mak.

Bismillahirrahmanirrahim. (:



Hari ni saya hanya menghabiskan waktu saya di bilik.
Menghampiri asar saya rasa mengantuk sangat.
Saya terlelap sekejap tapi saya tersedar apabila terdengar pintu dibuka.
Saya bangun dan keluar bilik.
Saya ternampak mak sedang berjalan menuju ke sofa di beranda rumah.
Saya ambil nafas dalam melapangkan fikiran.
Kemudian saya mengambil ruang di sebelah mak.
Tiada apa apa suara melainkan bunyi nafas masing masing.
Tiba tiba mak bersuara.

"mu hanya kehilangan abang, tapi aku, aku kehilangan seorang anak."

Allah, Allah.
Air mata saya mula la mengada keluar.
Saya tertawa.
Menyorok kesedihan yang bermukim di hati.
Saya ambil nafas dalam dalam.
Mak perlukan perhatian dan pujukan.

' mak menangiskah?'

Saya pejamkan mata seketika.
Saya tahu apa yang rasanya mak ketika ini.
Terlalu banyak hal yang menguji sudah mak lalui.
Hingga hal begini buat mak menderita dan menyesal seiring bertambahnya usia dan hari.
Sabar ye mak!
Saya terdiam dan terus terdiam disaat mak bercerita kepergian anak kesayangannya.
Saya tahu air mata mak mengalir.
Sebab tu mak tidak pandang ke arah saya.
Saya ketawa kadang kadang.
Mak bercerita kelucuan arwah anaknya di waktu kecil.
Mak tunduk menahan kesedihan.
Saya membiarkan mak melayan rasa.
Mak berpaling dan tersenyum.
Saya masih nampak matanya yang merah dan berair.
Tenang rasanya lihat mak mula tersenyum.
Biar saya tahu lukanya pasti belum sembuh sepenuhnya.
Saya juga tahu hanya Allah yang dapat merawat tapi mudahan saya kan bisa bermanfaat.
Walau sekadar untuk menyeka air matanya.
Kerana untuk meminjamkan kekuatan dan menyalurkan kekuatan.
Pastilah saya takkan mampu. :)

"sembahyang dah ke belum?"

Mak bertanya.
Saya tersenyum.
Dengan langkah longlai saya bangun dan berjalan menuju kebilik air.
Dalam perjalanan ke bilik air.
Hati saya berbisik.

'kalau masa boleh diputar kembali'

Setitik air mata jatuh dipipi.
Saya tersenyum.
Moga kita dapat bertemu semula di syurga-Nya nanti.
InshaAllah ^_ _ _^


AkU kah?

Dia bersamaan dengan Aku


Dia hanya seorang perempuan punya hati selembut semilir petang yang bertiup. Perasaannya yang sehalus sutera. Dia tidak mampu untuk menahan sebuah duka. Merundung malam menangisi nasib kehilangan sang kekasih. Dia tidak sanggup mengalami kisah luka percintaan seperti kisah dongeng luka laila majnum atau adaptasi filem yang tidak sama dugaannya dengan sekeping hati yang bebar mengalaminya. 

Kerana terlalu mencintainya, adilkah untuk dia menyatakan bahawa kasih sayang seorang kekasih masakan sama dengan kasih sayang seorang ibu yang mengandungkan, yang bersabung nyawa untuk melahirkannya demi mencelikkan sepasang mata melihat dunia dan menyusukan dengan aliran susu yang putih suci bercampur kasih yang tidak berbelah bahagi.

Adilkah untuk dia menyatakan bahawa kasih sayang seorang kekasih masakan sama dengan kasih sayang seorang ayah yang membesarkan, mendidik, dan menyekolahkan yang mengharap menjadi insan yang berguna.

Benar bagai dikata, untuk apa menangisi sebuah penyesalan? Sedangkan duri yang tertusuk sekalipun tidaklah sesakit mana. Namun andainya dibiarkan...kelakkan bernanah jua!



kehilangan .::


Suatu catatan perjalanan .::

~semua orang akan diuji Tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Walaupun mengharungi perjalanan yang penuh liku bersama hari hari. Namun bila sampainya hari Tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memencah gunung ganang.~

Penulisan kali ini adalah dari hati seorang insan bernama siti noraini binti zulkifli. Mungkin apa yang akan aku karangkan didalam ini lahir dari jiwa dan tentunya ia adalah sebuah penulisan yang turun dari hati. Ianya sebuah kisah, sebuah kisah yang benar benar telah berlaku dalam hidup aku. Janji tetap janji, apatah lagi janji kita pada Yang Maha Esa...tidak akan awal atau lambat sesaat pun, kerana Allah sekali kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya.

SEBAK...gugurnya daun meninggalkan dedaunan yang lain.
Adakalanya hari yang panas dan ceria akan bertukar mendung seketika.
Begitulah hidup. Disaat kau selesa dengan kehidupan tiba tiba kau diuji dengan kehilangan.
Tidak pernah terfikir olehku.
Tidak sedikitpun ku bayangkan.

Sebelum dia dikandung kedua orang tuanya menginginkanya. Sebelum dia dilahirkan kedua orang tuanya tidak sabar menanti kelahirannya. Dan apabila dia dilahirkan kedua orang tuanya menatang bagai minyak yang penuh. Namun, dewasanya dia menjadikan seorang yang tidak diduga. Hidupnya segelap malam tanpa wujudnya bulan dan terbitnya bintang. Dan 09/12/2012 telah menjadi saksi bahawa hilangnya dia bersama sama deras arus air sungai. Perginya dia menyahut seruan ilahi. Sekarang, hakikatnya dia telah meninggalkan kami semua. Dia telah hilang disaat ibunya sedang memerhatikannya. Dia telah hilang disaat abahnya tidak mampu berbuat apa apa. Dia telah hilang disaat adik beradiknya berada jauh darinya. Dia telah hilang disaat saudaranya sedang keluar mencari rezeki. Dan dia hilang. Hilang dari pandangan dunia. Tenggelamnya bersama air mata keluarganya. Perginya tanpa persediaan. Perginya tanpa perhintungan. Perginya tanpa ucapan. Pergilah. Berehatlah sepuasnya. Berhentilah dari berlari dan berjalan.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jika ujian ini untuk menguju keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan"...Amin.

Moga rohnya dicucuri Rahmat-Nya dan tergolong dalam kalangan orang orang yang Allah lindungi dari fitnah dan seksaan azab kubur.

Semoga kiriman doa yang tidak putus,
mengintai kasih Ilahi buatnya...

(pretend like nothing happens. betapa teruknya aku rasa...!)

Allah, jagakan dia



Allah, jagakan dia


Saat orang berbicara buruk mengenai kita,
padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka,
itu petanda bahawa kehidupan kita sebenarnya LEBIH INDAH dari mereka.

Ingat !
Kunci kebahagiaan seseorang bermula dari keberkatan yang kita miliki hari ini..




Abang, nanti bawa adik pergi surau tau..
 semoga allah memanjangkan umur kita untuk kita berjuang bersama2 



 "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkau yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang" (al-Baqarah: 127-128) Amin




saya sayang awak awak



 saya sayang awak awak semua




awak marah , saye diam ,
awak merajuk . saye pujuk .
awak mengadu . saye dengar ap yang awak nak katekan ..
awak cakap rindu . saye datang jumpe awak .
awak cakap nak hati saye . saye rela bagi sebab .. saye hanye milik awak . saye buat ape je untuk awak . asalkan awak tak tinggalkan saye ..
SEBAB SAYE SAYANG AWAK  AWAK ~ !!!

hehehe kan awak kan ? 

...:)

 

 

sedar tak sedar....


Dah setahun!
* aku tau dah terlambat...dah 2 sem berlalu sebenarnya___


Happy Holiday!

* but i do late on posting this entry actually...


So....


HAPPY BELATED HOLIDAY..kawan!





Dah setahun berkawan__banyak cerita saat nie kan!

_______________ _ _______________
 



    

  



Berubah



BERUBAH


Saya nak berubah menjadi orang yang baik

Tapi adakah bermaksud sekarang ni saya adalah orang yang jahat?
Perompak?
Samseng Kampong Pinang Sebatang?
Perogol bersiri?
Pembunuh?
hahaha...wink wink
Aku suka bercerita
  Akuakan bercerita tentang semua
mereka suka mendengar
dan aku akan semakin galak bercerita bila mereka mendengar
bila aku bercerita tentang dia
  Akubegitu bersemangat
dalam sepuluh kisah dia, hanya satu tentang kebaikan dia
dalam sejam aku bercerita, hanya seminit tentang ehsan dia
segalanya aku ceritakan
segalanya aku sebarkan
dan mereka tetap mendengar
sambil mengiyakan dan menokok tambah
dan aku pun semakin galak bercerita dan menambah perasa
bila bercerita tentang dia, aku begitu hidup
mulut yang berkata-kata, semakin petah bertutur
kisah yang kecil semakin membiak dengan jayanya
kisah yang terpendam, semakin tersebar dengan masyurnya
tapi, perlukah aku bercerita tentang dia?
kenapa tidak bercerita tentang-Nya?