En. Gentleman

Assalamualaikum :)


Saya mulakan tarian jemari ini.
Saya nukilkan luahan hati ini.
Buat seseorang bakal bidadara syurga.
Yang sedang Allah pinjamkan buat saya.

Dalam kesibukan.
Allah masih beri kesempatan.
Dengan hati yang sedikit teruja.
Hari ni saya nak cerita pasal en. gentleman.
Yang sering buat saya jatuh cinta lagi padanya.

Bingkisan ini buatmu sayang yang jauh dimata.
Mari saya genggamkan tangan awak.
Izinkan saya bisikan sesuatu di telinga.

"Saya yang jauh sentiasa mendoakan kesihatan buat awak agar terus sihat hanya untuk Dia."

Mahu saja saya segera berada di sisi awak.
Ingin tahu sayang saya bagaimana.
Namun saya tewas juga bila saya renung dalam dalam.

Rasa kasihnya pada saya cukup tinggi.
Tiada tandingan.
Perhatian yang diberi jauh melebihi perhatian saya pada dia.
Segan sebenarnya.
Semua dia lakukan pada saya, takkan mampu saya balas.
Pengorbanan dia cukup terkesan dihati.

Sejak saya mengenal dunia.
Sejak saya mampu berjalan dan berlari.
Belum sesaat dia mengabaikan tanggungjawabnya.

Kini.
Saya sudah menginjak dewasa.
Bergelar seorang anak gadis.
Dia tetap masih begitu.
Rasa cintanya pada saya jelas ditunjukkan.
Walau sering dia terluka sendiri.

Saya takkan dapat berkongsi apa yang saya rasa tiap saat.
Membesar disisinya.
Mungkin ini sekadar biasa bagi orang lain.
Tapi tidak bagi saya.
Kasih dan sayang dia begitu terkesan dihati.

Dia masih lagi memikirkan hak saya.
Walau saya sudah cukup dewasa.
Dia masih lagi merisaukan tentang saya.
Walau kerenah saya begitu dan begini.

Masih segar dalam ingatan saya.
Kenangan ketika zaman kanak-kanak saya.
Dia sering membawa saya ke pantai.
Dia sering belikan saya jam tangan setiap tahun.
Dia sering manjakan saya dengan pelukannya.
Dia sering pinjamkan bahu saat saya benar benar penat.

Demi Allah.
Saya merindui dia.
Orang yang menyebabkan saya lahir ke dunia ini.
Dialah saya gelar "ABAH".

Sejak kecil.
Saya lebih suka menangis dalam tandas bila saya kesedihan.
Saya berfikir rahsia saya akan selamat didalamnya.
Pura pura bermain air apabila airmata gugur.
Tapi saya malu.
Apabila abah sedar akan hal itu.

Alhamdullilah. Thanks Allah for such a great father.


Abah.
Saya sayangkan Abah.
Terima kasih.
Sebab jadi Abah yang sangat hebat dan baik.
Walaupun hidup kita biasa biasa.
Abahlah bidadara buat saya.
Matahari kehidupan saya.
Pensel warna bagi lukisan hidup saya.
:)

Semoga bertambah sihat dan kuat.
Awak adalah superman buat saya.

0 comments:

Post a Comment