Diamku kerana malu.

Assalamualaikum :)


Saat begini hati tiba tiba jadi rindu.
Seperti biasa.
Ada sayu yang menyapa.
Sungguh.
Hati rindu.
Pada seseorang yang dadanya sarat dengan ilmu.

SubhanaaAllah.

Kerana aku ini terlalu biasa.
Tak tahu bagaimana caranya untuk ku menepis rasa seganku yang meninggi.
Apabila bertemu dirimu.
Yang akhlaknya seperti langit dan bumi dengan aku.

Biar selalu aku senyap tanpa berita.
Biar kita terpisah.
Jauh dari segalanya.
Kerana.
 Diamku tak bererti lupa.
Agar.
Dirimu faham diamku tetap merindu.

Sungguh.
Diamku malu. Bukan sengaja main sembunyi sembunyi.
Allah sampaikan rasa ini.

Saat ini.
Pada Dia aku banyak bercerita.
Seperti selalu.
Allah sentiasa faham bicara kita.

Terima kasih.
Kerana hadirmu biar seketika.
Dan.
Rahsia itu akan selalu tersembunyi.
Melainkan Dia. Tahu semuanya.

Awakkk
Nanti kita jumpa lagi dalam mimpi tau.
Nak nangis sampai puas.
Biar awak peluk kita.
Comel. 
:)






Buat si cantikkkk! (:


Ada budak tu suka giler dengan mamat nie. (:

Nah!
Ni untuk awak.
Malu nak bagi depan depan.
Macam nak mengorat pula.
(:

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu



#Najwa Latif#
Saya tau awak tak suka lagu mengada macam ni.
Sebab awak kan suka lagu rock kotemporari ranggi bagai.
Hehehe
Terima kasih Asmaaa
Awak tak pernah bosan temankan.
Sweetnya.
Yanty jugakkk.
Sayang banyakk banyakkk.


(:

Tapi saya tak nak balik sana. 
Bukan sebab tak nak jumpa awak. 
Sebab saya sedih bila kat sana. 
Okey abaikan.
Nanti saya cari lagu jiwang lagi untuk awak dengan yanty yea.
Hehehe (:



:)

Berangan

Assalamualaikum (:

Dah banyak kita google cari pelamin.
Satu pun tak berkenan dihati.
Kita kan cerewet. 
Nak yang perfect jea.
Yang lawa jea.
Mengada.

Tup! tup!
Kita pilih yang ni.
Simple.
Okey. Done.


Pastu kita google lagi cari baju plak.
Semua nya kita komen.
Sana kecik. Sini besar.
Penat tangan tau Aini.
Last last kita jumpa yang ni.
Comel. Kita suka.
Okey tak sabar nak kawin.


Lagi lagi kita google cari kek.
Ha! yang ni kita suka.
Kek kereta.
Hahahahaha.
Pakai kek kereta nanti kawin. Kelakar giler.
Nanti mesti kena ketawa dengan rakan rakan.
Abaikan.
Kita yang kawin bukan diorang. :p


Pastu bermimpi nak kawen kat sini.
Mengada.
Tapi jauhhhh.
Kat brunei sanaaa.
Cantiknya bila semua kerana Allah.


Abah kita nak kawin macam ni tau.
Nanti tolong carikan.
Perfect (:
Kita suka.
SubhanaaAllah.

Kuatkan Hati :)



siti noraini !
Tenangkan hati.
Andai tiba gundah Jangan gelabah.
Pasti ada hikmahnya.
Meskipun tiada niat diawalnya.
Manusia ni lemah tak berdaya.

Ingin kuat, berpautlah pada yang kuat.
Letakkan harapan dan segalanya pada Allah.
InsyaAllah semua menjadi mudah.
Setiap apa yang dilakukan, bayangkan nabi disebelah kita.
nescaya terjaga dari perkara maksiat.

Taak moo sedih sedih.
Allah dekat.
Kasihnya tak jauuuh walau seinci.

Selamat meniti dan mencari sinar cinta aini.
Cinta Allah dan Rasul.

#Serius hati sudah rapuh untuk terus berada di bumi kenyalang#
Allah, Allah.



Cintai awak...

Assalamualaikum (:


Allah pasti akan ganti segala kekecewaan yang kita lalui dengan sebuah kegembiraan.
Saya percaya pada kekuasaan allah.

Tapi..
Saya tak tahu kenapa saya sedih malam ni.
Melihat awak bersama orang lain.
Orang yang penuh dengan ketenangan.
Oarng yang penuh dengan kelembutan.
Yang tidak ada pada saya.
Sehingga saya menitiskan air mata.
Mahu mencontohi dia.
Untuk berada disisi awak seperti dia.

Hati saya terguris dan saya tak pernah mahu terasa.
Sungguh.
Saya tak kuat dan tak mampu untuk terus kaku.
Saya juga tak mampu nak sembunyikan luka dihati.
Kerana saya juga insan biasa.

Tika ini.
Saya mahu awak tahu selalu.
Saya mencintai awak dan sentisa ingin mencintai awak.

Andai awak tahu hati saya saat ini.
Sangat menyakitkan untuk saya lalui.
Bersama air mata. Saya diam.

Allah.
Rawatlah aku dengan izin Mu.






suara hati ini

Assalamualaikum :)



Buat tatapan abang yang tercinta di alam sana,

Ternyata Allah lebih sayang kan mu dari aku. Mungkin hari ini, Allah telah makbulkan doa aku. Mungkin hari ini pengakhiran derita mu, abang. Derita sepanjang hidup yang mempunyai adik yang tidak penyayang, pemaaf dan pengasih. Adik yang sering menyimpan dendam dan rasa marah dihujung hati ini terhadap mu. Jelaskanlah pada aku yang mu telah ampunkan segala keterlanjuran samada bicara atau perbuatan aku. Yang sering mengusir perasaan kasih, sayang, dan cinta pada mu. Yang sering meniup segala tohmahan, tuduhan, hinaan dan kebencian. 

*******************************************************

Setiap hari aku pohon untuk meminta huluran salam peluk cium dari mu. Sujud sembah ampun aku untuk mu. Ralat rasanya tidak dapat menatap wajah sebelum mu berangkat pergi. Teringin sangat rasanya ingin mendakap tubuh mu, mencium seluruh wajah mu. Izinkan aku, mengucup tangan dan wajah mu dalam hayalan wahai abang.

*******************************************************

Dengan rasa rendah diri, dengan penuh kasih, memohon ampun dan maaf dari mu. Pinta halalkan seawal kata kata yang aku lempar, tabur serta semburkan buat mu. Setiap kelakuan, setiap kesilapan, pinta ampun. Aku tahu, aku telah terlewat. Kali ni, mu pergi bukan dekat, kalau hujung dunia pun mu membawa diri, tentu aku masih boleh mencari, boleh memujuk agar pulang ke rumah. Tapi, perjalanan mu kali ini jauh, terlalu jauh untuk aku jejak.

Terlalu mahalkah harga sebuah kasih sayang aku hanya untuk seorang abang?
Allah, Allah.
Teguhkan hati ini untuk terus bersama kasih sayangMu Ya Allah.

Saya tidak keseorangan (:





Alhamdulillah.
Saya telah dianugerahkan teman yang dekat di hati.
Saya terima kata kata semangat darinya.

"Aini, semoga kuat dan tabah yea dik"
InshaAllah awak boleh.
"Sabar la Aini. Allah takkan uji kalau hambanya tidak mampu"
"kami selalu bersama kamu susah dan senang"
Semoga kuat dan tabah ye cantik.

Alhamdulillah. Terima kasih sahabat.
Selalu membakar semangat.
Perlahan lahan gundah itu beransur pergi.
Dalam kesunyian ini Allah hadirkan air mata.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Engkau lebih memahami setiap detik hati.
Dalam diam Allah hantarkan buatku teman.
Tika ku rasa lemah dan rapuh jiwa.

Sesekali saya bermimpi untuk rebah supaya hilang segala susah.
Namun hati tak henti memujuk agar jangan terus kalah.
Besarnya pengorbanan mereka pada saya atas segalanya.
Atas ruang dan peluang untuk terus menangis di bahu mereka.
Meminjamkan nafas dan semangat untuk terus melangkah.
Walau adakalanya perjalanan terasa terlalu payah.

Kak Dila yang selalu beri nasihat. Selalu nangis depan dia.
*Maluuuu~

Cik Mas yang selalu beri kata kata semangat. Selalu luah perasaan kat dia.
Segannnn~

Cik Ama yang selalu beri tangan untuk digenggam saat saya tidak mampu bergantung.
Terharuuu~

Zieyla yang selalu beri telinga untuk dengar saya bercerita saat saya kesedihan.
Nak nangisss~

Yanty yang selalu bimbing dan ajar saya saat saya sering terjatuh. 
Tulusnyaaa~

Baiknya Allah tidak tinggalkan saya keseorangan.
Benar saya akan selalu perlukan bimbingan cinta mereka.
Saya tak mahu ditinggalkan.
Cukuplah dengan apa yang saya dah lakukan.
Airmata saya dah kering dan saya taknak menangis lagi.
Biarlah apa yang dah jadi berlalu sebagai kenangan.

Terima kasih Allah.
Hadiahkan saya sahabat seperti mereka.

Orang baik nie memang comel :)
"patutlah sahabat saya pun comel-comel"

Sahabat, jangan lupa saya tau.
Jangan lari jauh jauh bila kita berpisah nanti.
Kalau boleh, biar kita bersahabat dan berjiran di syurga nanti pun!
Tau?
^_ _ _ _^