Indahya dia :)

Assalamualaikum :)


Hari ni saya habiskan lagi masa dirumah.
Saya jalan jalan lagi melihat blog orang.
Tiba-tiba saya terpaku pada indahya kata kata dia.
Kata kata memujuk pada Allah.
Untuk terus meredhai dia.
Untuk terus fahamkan hatinya.
Tentang utuhnya iman Khadijah serta mekarnya cinta Khadijah.
Tentang kentalnya jiwa Masyitah si penyisir rambut yang bertaqwa.
Tentang tingginya peribadi Asiah isteri solehah.
Tentang taatnya seorang puteri semulia Fatimah terhadap ayahandanya.

Allahku,
Indahnya pada peribadi dia.
Yang inginkan cita cita seperti mereka yang dijanjikan syurga.
Sedangkan saya hari ini lebih banyak mencari waktu bersenang senang.
Yang mudah benar menangis dan mengatakan lelah tika diuji payah.

Allahku,
Indahnya pada peribadi dia.
Yang merayu meminta menyaksikan kata katanya.
Untuk mengizinkan dia punya hati yang baru.
Untuk terus mencintai-Mu.

Aduhai jiwa.
Bangunlah buka mata dan buka hatimu.

Lama tak jenguk dunia sini.
Rindu.
Bila singgah sini, selalu rasa sayu.
Cepatnya masa berlalu.
Banyak sangat benda yang dah berlaku.

SELAMAT KEMBALI KEDUNIAMU WAHAI SI COMEL.




fasa terakhir ramadhan :(

Assalamualaikum :)


Pada bulan cantik itu.
Allah mahu khabarkan.

Tak lama lagi, ramadhan akan pulang.
Sedih bukan?
:(

Alone

Assalamualaikum :)

Sebelum madah tulus ku memulakan langkah. 
Ku memulakan dengan nama Allah yang satu. 
Sebelum lebih jauh ku melangkah dengan ilham hati.
Ku lebarkan sayap sapaan syurga pada kalian.
Dengan mengutuskan salam seharum semerbak kasturi.

Diri ini hanya insan biasa biasa yang tak mampu nukilkan bait bait ayat cinta yang indah bak langit 7 petala.
Apa yang ada hanyalah tinta ikhlas tulus dari lubuk kalbu.
Ku cuba sedaya upaya melebarkan sayap ukhwah melalui laman ilham ilahi.

Ada masanya hati ini merintih kesepian.
Bagai kehilangan atau mungkin bagai mencari setitik kasih.
Setitik kasih yang suci dan sedingin embun pagi.
Segar menusup ke sanubari.
Setitik kasih yang bersinar ibarat sebutir permata.
Indah berkilau cantik dipandangan mata.

Ada masanya hati ini merindu sayu.
Bagai berkurun penantian atau berkurun pengharapan tak berpenghujung.
Rindu yang seluas lautan yang tak kelihatan pantainya.
Masa tak pernah simpati apatah lagi untuk berhenti.
Hari hari yang berlalu menambah usia tapi hati ini masih di sini.
Masih sepi dan masih rindu.

Tabahkah hati ini, bila merintih sendirian?
Kuatkah hati ini, bila tak berdaya mengusir kesepian yang kian mencekam?
Sabarkah hati ini, bila tak upaya menyikirkan rindu yang membadai?
Naluri halus ini tak mampu ku abaikan.....

Ku tak mampu lagi bertahan.
Tak mampu lagi melupakan .
Apa lagi menidakkan keinginan hati kecil ini.
Aku menyayangi insan yang nakal solehah ini.

Hati ini berbisik sendiri tanpa suara.
Hanya meluahkan disini.
Yang juga senyap tanpa bicara.

Again and again.
I miss my mom, my sweet mother.

Sunyi :)

Assalamualaikum :)



Sunyi.
Penghuni blok semakin berkurangan.
Semakin ramai yang sudah pulang ke kampung halaman.
Dan disini semakin sunyi.
Tetapi saya masih lagi disini.
Sedih bukan?
:(



Alhamdullilah.
Selesai untuk semester ini.
Semakin jauh rupanya kaki sudah melangkah.
Dua semester masih berbaki.
InshaAllah.
Tak sabar juga meninggalkan tempat ini.
Pulang ke pangkuan keluarga.
Lupakan semua di sini.
Kegembiraan. Kesedihan. Kekecewaan. Kesakitan.
Semoga dipermudahkan.
Mohon doa.
:)

Kosong.

Assalamualaikum :)



Saya berjalan jalan merata di rumah orang.
Rasanya dah dekat seminggu di sini.
Banyak sangat benda yang saya tahu.
Membawa fikiran saya melayang.
Terbang.
Terlalu banyak rahsia.

Jarum jam berdetik laju.
Melepasi tengah malam.
Mata saya masih belum layu.
Terlalu banyak hal yang saya fikirkan.
Bersama banyak peristiwa.

Manusia ni bukan sekadar lupa sifatnya.
Semuanya untuk mengajar kita tentang hidup.
Terkadang dalam usaha nak jadi baik ni.
Kita terlupa yang kita tak kuat dan lemah.
Kita terlupa yang syaitan selalu datang menghalang.
Kita terlupa yang kita tak mampu lakukan kalau Allah tak izinkan.
Dunia ni bukan untuk selamanya.
Ambil dunia sekadar yang kita perlukan.
Jangan ambil kesemuanya.
Kerana kita akan binasa sendiri.

Saat ini.
Saya jadi hanyut melayan perasaan.
Fikiran melayan.
Kosong.
Rasa ini mahu ku buang jauh.
Biar tak dapat dirasa dalam jiwa.
Biar tak terlihat pada mata.

Aneh.
Sungguh aneh rasa ini.
Allah.
Hatiku satu.
Cuma kau yang benar tahu.
:)


Terima kasih sahabat :)

Assalamualaikum :)


Seakan cuma sepintas lalu.
Semester sudah tiba di penghujung.
Terasa kian sunyi.
Terasa hilang sendirian.
Yeah!! 
Lagi dua paper akan terakhir.
Then princess are free.

Saya ada satu cerita.
Ini kisah benar yang berlaku.
Buat hati saya tertarik dan terpaku.

Bila saya mencintai awak kerana Allah yang mulia.
Takkan saya biarkan awak sendirian di sepanjang perjalanan ini.
Dalam diam.
Dikau menjadi pembakar semangatku.
Tanpa sedar.
Dikau menguatkan benteng jiwaku dengan kata kata nasihat.
Alhamdulilah.
Terima kasih cinta hatiku.
Sungguh.
Dikau berjiwa besar dengan kerendahan diri dan hati.

Tutur kata mereka penuh hemah.
Perilaku mereka sentiasa menyenangkan.
Wajah meraka tenang selalu.
Bicara mereka berhikmah sepanjang masa.
Saya hanya bersahabat dengan mereka beberapa tahun yang lepas.
Perkenalan kami cukup unik.
Tapi. 
Saya memang sukakan mereka.
Bukan sekadar suka. Bahkan terlalu sayang.
Mungkin juga saya cintakan mereka.
Kerana pertemuan pertama kami sentiasa terpahat dihati.
Kerana mereka sangat istimewa buat saya.
Biasa.
Mereka memang sangat biasa.
Tapi mereka juga cukup luar biasa.
Dan.
Saya ingin selalu dengan mereka.

Seringkali saya tersasar.
Kerap kali juga saya hampir tersungkur.
Malah selalu juga terjatuh.
Namun.
Belum sempat saya terus rebah.
Kasih mereka terlebih dahulu memeluk erat.
Membawa saya erat dalam dakapan mereka.
Terima kasih buat mereka.

So many memories.
So many stupid fights.
So many inside jokes and the craziest nights.
Everything crazy that i do always seems to happend when i'm with your.
:)



Mak, nak balikkkkkkkk

Assalamualaikum :)


Lumrahnya hidup sebagai manusia.
Setiap hari datang bersama pelbagai peristiwa.
Untuk mengajar kita tentang hidup.

Bibir mudah menyebut sabar.
Tapi hatilah yang remuk menderita.
Hari ni jiwaku lesu.
Fikiranku beku.
Lemah.

Mak, nak balikkkkk.
Sungguh.
Ianya menyakitkan.
Buat aku jadi buntu.
Terpaksa dalam melakukan suatu keputusan.
Ya. Muktamad. Pasti.
Itulah hakikatnya.
Waaaaaaaaaaaaa
Nak balik! Nak balik!

Siapa yang nak berpuasa jauh dari keluarga.
Beraya berseorang tanpa insan tersayang.
Benar.
Allah lebih selalu beri apa yang kita perlu.
Berbanding.
Allah beri apa yang kita mahu.
Dia merancang atas dasar cinta dan sayang.
Jangan bersedih aini.
Senyumlah selalu.

Kehidupan ini diibarat roda.
Yang berputar putar mencari destinasi.
Oh! Langit! 
Tak selalu cerah. Tak selalu mendung.
Senyumlah sentiasa jangan sedih.
:)

Bila sedih jea. Mesti ingat lagu ni.
Lirik dia seakan akan memujuk hati.
Muzik dia bagai mengetahui isi hati saat itu.
Ohhh Tuhan.
Jatuh cinta lagikah aku pada dia.
Tamaknya.
Pleaseeee aini.
Awak adalah anak mak abah yang sekadar biasa biasa.
Yang sering melakar dosa tiap saat.
Allah, ampunkan aku.
Berangan lagi nak dapatkan jodoh yang dapat mensolehkan aku.
BERHENTI!


SHORT SEM.
Bunyinya berat.
InshaaaAllah. Saya akan terus mencuba.
Jelas saya tak begitu pandai dan sangat rajin.
Tapi makin lama saya akan makin tertarik dengan ilmu Allah ini.

Terima kasih Allah.
Untuk semua yang kau pinjamkan.
Untuk semua yang kau ajarkan tanpa bicara walau dalam diam.
Tika saat aku diuji dalam kesedihan.
:)